Homestay di Slim River - Teratak Yong Casa D'Balun

Address: LOT 10070, Jalan Kampung Balun, Slim River, Perak 35800, Malaysia

Phone: 019-3337925

Email: [email protected]

Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River yang terletak di Kampung Balun Slim River, Perak mula beroperasi pada bulan Mei 2017. Rumah yang dibina di atas tanah kampung ini sangat selesa untuk percutian anda bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang ingin merasakan suasana nyaman dan segar di kampung.

Homestay Teratak Yong Casa D’Balun Slim River mempunyai kemudahan 3 bilik tidur beserta 2 bilik air. Terdapat katil bersaiz Queen yang diletakkan di 2 bilik tidur manakala untuk bilik yang terakhir diletakkan katil bersaiz King. Kesemua bilik mempunyai almari dan kipas siling.